WorkingModel


Berapa ramai dikalangan kita yang tahu atau sedar tentang sekuriti siber di Malaysia? Berapa ramai dikalangan kita langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya kita ditipu dalam dunia siber? Berapa ramai pula dikalangan kita sedar bahawa pergerakan kita di internet sebenarnya diperhatikan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan? Berapa ramai pula disini yang sedar bahawa privasi / privacy kita telah diambil tanpa kita mengetahuinya? Apa yang patut kita lakukan untuk atasi masalah ini? Berdiam diri atau tinggalkan dunia siber atau melaporkannya?


Kalau kita pergi ATM, mungkin kita pernah terbaca amaran dari pihak Bank / Polis menyatakan bahawa jangan mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan PIN kepada pihak yang diketahui. Begitu juga kalau kita buka laman web Bank, pasti akan diingatkan perkara yang sama. Mungkin anda pernah menerima email dari “Bank” yang meminta anda mengaktifkan semula akaun bank anda dan lain – lain. Sedarkah anda bahawa email yang diberi itu satu bentuk penipuan?



Di Malaysia, ada satu badan atau agensi kerajaan yang menjalankan fungsi – fungsi yang khusus kepada sekuriti siber. Selain menjadi ‘monitoring agency’, mereka juga menjalankan tanggungjawab dalam memberi pendidikan kepada pengguna siber akan langkah – langkah dan tips – tips keselamatan yang perlu mereka ketahui semasa berada dalam dunia internet. Agensi berkenaan dikenali sebabgai Cyber Security Malaysia.


Sedikit mengenai Cyber Security;





CyberSecurity Malaysia began its operation as the Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) in 1997. In 1998, it became the National ICT Security & Emergency Response Centre (NISER) and by 2007, NISER underwent another transformation and was renamed CyberSecurity Malaysia.


With a new mandate, CyberSecurity Malaysia is positioned as the national cyber security specialist under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). It runs the Cyber999TM Help Centre for Malaysian Internet users. It also provides safety tips, advisories, and specialised services in the fields of cyber security such as Digital Forensics and Wireless Security. In addition, it runs a Training Centre for professional certification; manages an Outreach Portal www.cybersafe.my; and is the sole certification body for Common Criteria (ISO15408) in Malaysia


Melalui laman web CyberSAFE (Cyber Security Awareness For Everyone), agensi ini memberi pelbagai tips keselamatan yang boleh diamalkan oleh pelbagai kategori pengguna.


Pada 30 November ini, bersempena dengan World Computer Security Day – Malaysia 2009,  mereka mengajak rakyat Malaysia supaya mengamalkan pelbagai langkah supaya internet menjadi tempat yang selamat untuk semua. Langkah – langkah yang boleh diambil dipaparkan di sini.


Semoga dengan kempen yang dijalankan bukan sahaja menjadi tanggunjawab CyberSAFE, malah turut menjadi tanggungjawab setiap pengguna.




“Computer Security is Everyone’s Responsibility”


Lawati: CyberSAFE, World Computer Security Day, Cyber Security Malaysia

Popularity: 9% [?]

2 Comments to “CyberSAFE Malaysia – Are You Secure?”

  • SEDIKIT PERTANYAAN DARI SAYA…
    kalau kita letak no akaun kita pada blog…sejauh mana tahap keselamatannya…? bahaya x…?

    jwb jgn xjawab…..hehehe..
    syin´s last blog ..Contest JerungPerkasa.Com : 10 Hosting Percuma Untuk Anda!! My ComLuv Profile

    [Reply]

  • dalam dunia terbuka, kita tak tahu..sebab begitu ramai orang yang banyak perangai…lebih elok simpan maklumat peribadi pada yang betul ko percaya jer…kalau pada blog xperlu kot…

    [Reply]

Post comment

CommentLuv Enabled

Berita Semasa

Blog ini baru di "up" semula. Kebanyakkan entri lama tak akan ada gambar keluar. and akan ada text yang macam tak betul skit

Shout


ShoutMix chat widget

Recent Posts

Recent Comments

Archives

Meta

About Me

A Skinny Guy Trying Hard To Increase His BMI. An Event Newbie, A Blogger, A Lover

Networking

Site5 | Experts In Reseller Hosting.