Browsing all articles in Uncategorized


Siapa Rachel Corrie? Kenapa nama ini kembali menghangatkan dunia berita?


Rachel Corrie merupakan satu kapal misi penghantaran barang – barang bantuan kepada masyarakat yang berada di Gaza. Kenapa ke Gaza? Sebab Israel laknatullah telah menyekat sumber dan barang keperluan masyarakat Gaza. Kapal ini di taja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), satu badan yang dinaungi oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir. Walaupun telah mengentahu kapal Flotilla telah diserang oleh Israel, mereka tetap ingin meneruskan misi. Terdapat 6 rakyat Malaysia dalam kapal Rachel Corrie.


Ok..itu kapal…tapi siapa Rachel Corrie?



Rachel Corrie ialah seorang aktivis kemanusian yang berasal dari Amerika Syarikat, berumur 23 tahun, telah dilanggar dengan jentolak sehingga mati ketika beliau berusaha untuk menyelamatkan sebuah rumah supaya tidak dicerobohkan oleh tentera israel. Beliau salah seorang ahli dari kumpulan International Solidarity Movement (ISM) mengembara ke Gaza ketika gelombang kedua intifada di Palestine.


Israel laknatullah memberi respon bahawa, pemandu jentolak berkenaan tidak sedar akan kehadiran Rachel Corrie ketika itu walhal Rachel Corrie memakai pakaian yang sangat terang (bewarna oren).


Rachel Corrie bukan seorang sahaja yang menjadi mangsa. Ramai lagi sebenarnya samada dari Islam ataupun bukan Islam.


Samalah – samalah kita berdoa agar misi Kapal Rachel Corrie nanti akan berjaya mencapai matlamat untuk menghantar barang bantuan kemanusiaan.


InsyaAllah.



Gambar dari sini, sini dan sini.

Popularity: 63% [?]


Salam kepada semua. Huhu, mari kita “break” sebentar dari entry – entry yang berkaitan dengan ICT. Biar kali ini aku nak berpoyo dengan gambar sendiri pulak. Dah lama pula rasanya tak pergi cuti – cuti Malaysia. Paling last yang aku ingat masa melawat ke Pulau Tioman bersama dengan ahli ahli PJT yang lain.Sekadar catatan biasa. Well, hampir sebulan aku dah tak kerja. Paling terakhir aku kerja adalah pada bulan April 2010. Tu pun sampai la ni tak dapat – dapat lagi gaji. Abang aku dah dok marah marah dah tanya bila nak bayar sewa rumah. Adoi..pedih jer rasanya. Bila la company ni nak bayar gaji aku. Bukannya banyak pon. (well at least bukan aku sorang yang tak dapat gaji, ramai jer office mate tak dapat).


Minggu lepas ada pergi interview di Cyberjaya. First time aku pergi cyberjaya bawak motor. Gila ah…dengan lesen tak hidup nye time tu.. Sampai sekarang takda jawapan untuk temuduga di cyberjaya tu. Mungkin aku interview tak power kot. Entahlah.


2 minggu lagi ada satu lagi interview, kali ini dengan UiTM. Harap – harap dapatlah, mungkin aku akan jadi warga UiTM lagi. Hmmm….


Konsep blog ni mungkin akan berubah sedikit. Tapi fokus masih lagi dengan pelbagai topik ICT yang aku cuba sendiri. Aku suka berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain…harap harap beri manfaat kepada pembaca.


Hehe, semalam pertama kali aku buat iklan kat blog orang lain..tu pun pakai sms jer…fuh, aku suka yang macam ni. Mungkin bermula tempoh domain renewal nanti, aku nak promote blog ke tahap maksimum…Sudah sepatutnya aku mula buat duit online setelah berada dalam dunia blog ni 2 tahun lebih… huhu..dont want to be silent reader, nak aktif komen blog orang lain. InsyaAllah.


Oklah, cukup sekadar catatan biasa

Popularity: 13% [?]

Jun
4

Pulau Tioman

DSC_0102

Popularity: unranked [?]

Kalau ikutkan hati, nak tulis tajuk Feedly: Baca Web Kegemeran Anda Dengan Mudah Macam Baca Majalah. Tapi macam panjang sangat la pulak, so tulis je lah yang pendek – pendek. Ok kali ini nak berkongsi satu extension/plugin yang membolehkan anda Baca Web Kegemeran Anda Dengan Mudah Macam Baca Majalah. Plugin ini ada untuk Firefox dan Chrome dan juga boleh digunapakai samada sistem operasi window ataupun linux. So tak perlu cerita panjang, gambar akan cerita segalanya (oh mungkin sedikit penerangan mengenai gambar tu).


1. Gambar di bawah menunjukkan senarai sumber laman web/blog yang anda telah “subscribe”. Lupa nak cakap, Feedly ini menggunakan Google Reader sebagai sumber, so jika anda ada banyak senarai dalam google reader, ia akan automatik masuk ke Feedly. And bila pertama kali install, Feedly akan scan history web anda, dan akan suggestkan web web yang anda boleh subscribe. Juga boleh masukkan ikut kategori kegemaran anda.




2. Di ruang utama, Feedly akan memaparkan blog/web yang terbaru dan belum anda baca. Juga akan bagi anda cadangan untuk baca blog / web yang popular, macam engadget, techcrunch, mashable dan banyak lagi. Ia juga akan memberi cadangan kepada laman web yang berkaitan dengan laman web yang kita subscribe. Untuk lebih mudah faham, contoh: aku subscribe web Amanz.my, nanti Feedly akan suggest aku subscribe juga laman web Jomphp.com.


Perasan tak icon hijau kecil dekat URL box tu? icon hijau tu akan bagitau berapa banyak artikel baru telah dipostkan dan yang masih belum dibaca. Dalam contoh gambar tu ada 2 artikel aku belum baca.



Untuk download dan mengetahui lebih detail, sila ke sini

Popularity: 13% [?]

Hanya Di Ubuntu….huhu…aku sangat tertarik dengan satu applikasi untuk linux (ubuntu) nih, seperti yang dikongsikan oleh Melayubuntu. Untuk cara install dan memasang di Ubuntu, anda boleh pergi ke laman web melayubuntu. Sini saya nak berkongsi screenshot sahaja. And jika anda pengguna winamp di windows, sila guna plugin ini untuk display lyric.



Menarik kan. bukan sahaja display kat desktop, lyric boleh juga display as “on top”. Contohnya anda sedang ber FB, lyric juga boleh display, macam screen shot kat bawah ni.



Ni plak screenshot lyric plugin untuk winamp…

Popularity: 17% [?]

Berita Semasa

Blog ini baru di "up" semula. Kebanyakkan entri lama tak akan ada gambar keluar. and akan ada text yang macam tak betul skit

Shout


ShoutMix chat widget

Recent Posts

Recent Comments

Archives

Meta

About Me

A Skinny Guy Trying Hard To Increase His BMI. An Event Newbie, A Blogger, A Lover

Networking

Site5 | Experts In Reseller Hosting.